Monday, August 10, 2009

Taufan Morakot


Taufan Morakot 2009 melanda kepulauan Filipina dan China , mengorbankan 36 orang antara 2 - 10 Ogos 2009. Taufan ini menyebabkan hujan lebat , meruntuhkan daik dan tanah runtuh serta banjir besar di bandar-bandar serta perkampungan di utara Filipina.


Mangsa di Filipina


Kumpulan pelancong Perancis dan Korea Selatan yang sedang mendaki Gunung Pinatubo terperangkap dalam tanah runtuh, lapor Gabenor wilayah Tarlac, Victor Yap.Tiga warga Perancis dihanyutkan banjir kilat Kaki gunung di wilayah Zambales, barat Manila teruk terjejas.Ketua polis, Leo Nilo dela Cruz menganggarkan 1,000 penduduk di Botolan dipindahkan kerana daik di Gunung Pinatubo runtuh.
Kampung yang terlibat ialah Paudpod, San Juan, Baton-lapoc, Carael, Tampo, Paco, San Miguel, Binig, Bangan, dan Capayawan silandar banjir banjir sedalam 4-5 kaki.


Mangsa di China


Lebih 21,190 penduduk di wilayah Fujian, tenggara China dipindahkan. 34,000 kapal berlindung di pelabuhan berhampiran pantai Fujian. Ombak 6-9 meter melanda pantai.Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 473,300 penduduk di pantai Zhejiang dipindahkan.480,000 di Fujian dipindahkan.Beberapa lebuh raya di rantau ini turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. Hujan lebat 30 sentimeter di Fujian.

El Nino 2009

Fenomena El Nino 2009 berlaku akibat cuaca panas dan kering berterusan dari April hingga September 2009. Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu bahawa keadaan cuaca panas dengan suhu tertinggi 36 darjah Celsius sepanjang bulan ini berikutan musim peralihan monsun. El Nino akan menyebabkan Krisis air Lembah Klang. Fenomena La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan. Fenomena El Nino ialah perubahan cuaca panas menyebabkan kemarau teruk.

Biasanya cuaca panas pada sebelah pagi tetapi hujan dan ribut petir ketika lewat petang dan malam.Bacaan yang direkodkan dari 1 April sehingga 29 April 2009 di 40 stesen meteorologi, terdapat hari-hari yang menunjukkan beberapa stesen mencatatkan suhu maksimum.Suhu tertinggi direkodkan ialah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April 2009.
Cuaca panas ini berlaku disebabkan perubahan tiupan arah angin dari timur ke barat. Kedudukan matahari yang tepat dalam kawasan tropika menyebabkan suhu menjadi panas pada hari-hari tiada hujan.
Sejarah menunjukkan, suhu tertinggi yang pernah direkodkan sejak 1968 ialah 40.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998, iaitu pada tahun berlakunya fenomena El Nino 1998.
Mulai Mei hingga September 2009, Malaysia dan negara Asia Tenggara akan mengalami Angin Monsun Barat Daya yang mana lazimnya cuaca lebih kering berbanding bulan-bulan lain tetapi dengan suhu normal antara 30.7 dan 34.1 darjah Celsius.

PENDUDUK

Penduduk suatu negara atau daerah boleh ditakrifkan dari dua sudut:
> Orang yang memang tinggal di daerah tersebut.
> Orang yang secara hukum berhak tinggal di daerah tersebut. Dengan kata lain orang yang mempunyai dokumen rasmi untuk tinggal di situ. Contohnya bukti kewarganegaraan, tetapi memilih tinggal di daerah lain.

Kepadatan penduduk pula merupakan nisbah jumlah penduduk terhadap luas kawasan yang diduduki.

Tuesday, August 4, 2009

PETA TOPOGRAFI


Peta topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur.
Peta topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan perbedaan dengan peta rupa bumi.

ASIA TENGGARA


Asia Tenggara adalah sebuah kawasan di bahagian tenggara Asia. Asia Tenggara merangkumi negara-negara seperti:



Negara terbesar di Asia Tenggara adalah Indonesia yang juga mempunyai penduduk paling ramai. Manakala Singapura merupakan negara terkecil. Brunei pula mempunyai penduduk paling sedikit. Kepadatan penduduk paling tinggi adalah di Singapura.
Hkakabo Razi yang terletak di Myanmar merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Manakala Jurang Mariana yang terletak di Filipina merupakan jurang terdalam di dunia.
Asia Tenggara dikelilingi oleh beberapa lautan, laut dan selat. Antaranya Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, juga Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Jawa dan Laut Celebes. Selain itu, Asia Tenggara juga dikelilingi oleh Selat Melaka yang merupakan selat terbesar di dunia.

Tuesday, July 28, 2009

FENOMENA BANJIR DI MALAYSIA







Banjir oh banjir, bandar kita naik air ae yok....


definisi banjir

JEREBU

JEREBU
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.


INDEKS PENCEMARAN UDARA
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:


Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat


fenomena jerebu