Monday, August 10, 2009

El Nino 2009

Fenomena El Nino 2009 berlaku akibat cuaca panas dan kering berterusan dari April hingga September 2009. Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu bahawa keadaan cuaca panas dengan suhu tertinggi 36 darjah Celsius sepanjang bulan ini berikutan musim peralihan monsun. El Nino akan menyebabkan Krisis air Lembah Klang. Fenomena La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan. Fenomena El Nino ialah perubahan cuaca panas menyebabkan kemarau teruk.

Biasanya cuaca panas pada sebelah pagi tetapi hujan dan ribut petir ketika lewat petang dan malam.Bacaan yang direkodkan dari 1 April sehingga 29 April 2009 di 40 stesen meteorologi, terdapat hari-hari yang menunjukkan beberapa stesen mencatatkan suhu maksimum.Suhu tertinggi direkodkan ialah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April 2009.
Cuaca panas ini berlaku disebabkan perubahan tiupan arah angin dari timur ke barat. Kedudukan matahari yang tepat dalam kawasan tropika menyebabkan suhu menjadi panas pada hari-hari tiada hujan.
Sejarah menunjukkan, suhu tertinggi yang pernah direkodkan sejak 1968 ialah 40.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998, iaitu pada tahun berlakunya fenomena El Nino 1998.
Mulai Mei hingga September 2009, Malaysia dan negara Asia Tenggara akan mengalami Angin Monsun Barat Daya yang mana lazimnya cuaca lebih kering berbanding bulan-bulan lain tetapi dengan suhu normal antara 30.7 dan 34.1 darjah Celsius.

No comments:

Post a Comment