Tuesday, July 28, 2009

FENOMENA BANJIR DI MALAYSIA







Banjir oh banjir, bandar kita naik air ae yok....


definisi banjir

JEREBU

JEREBU
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.


INDEKS PENCEMARAN UDARA
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:


Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat


fenomena jerebu

Saturday, July 25, 2009

MESYUARAT PANITIA KALI KETIGA












Mesyuarat panitia ketiga telah diadakan pada 24hb. Julai,2009 dan bertempat di Bilik Ketua Bidang.

Isu atau agenda utama yang difokuskan ialah analisis atau postmortem peperiksaan pertengahan tahun. Memandangkan keseluruhan tingkatan tidak mencapai target yang telah ditetapkan, beberapa langkah untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran geografi telah diambil. Antaranya menyediakan latihan dan kelas pemulihan kepada pelajar yang tergolong dalam kumpulan "near miss" untuk kumpulan cemerlang dan kumpulan 'halus'.

Mesyuarat dimulakan pada jam 1.00 tengahari dan ditangguhkan pada jam 2.10 petang.

Wednesday, July 22, 2009

GERHANA MATAHARI











Salah satu kesan peredaran bumi mengelilingi matahari ialah kejadian gerhana matahari. Fenomena yang ajaib ini berlaku lagi pada tarikh 22.07.2009 di seluruh dunia terutama negara-negara Asia.Bagi negara India dan China, gerhana matahari yang berlaku pada waktu pagi ini mengambil masa yang agak panjang untuk melengkapkan prosesnya dalam tempoh 500 tahun!.



gambar-gambar gerhana matahari

Saturday, July 11, 2009

KEISTIMEWAAN SUBJEK GEOGRAFI

  • Mudah untuk LULUS
  • Mudah untuk skor gred yang baik
  • Mudah difahami (Mempelajari aspek kehidupan seharian)
  • Kelulusan minima Gred C peringkat PMR
  • Peluang pekerjaan yang luas dalam pelbagai bidang

MISI & VISI


MISI

Melahirkan Pelajar Cemerlang Dan Mencintai Alam Sekitar
Membentuk Warga Pendidik Yang Berdedikasi
Mewujudkan Persekitaran Yang Kondusif Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran
VISI
Menghasilkan Pelajar Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Geografi