Blog ini dihasilkan oleh Panitia Geografi...Mengandungi segala maklumat tentang subjek Geografi..Geografi ialah kajian tentang lokasi, taburan, kekerapan dan interaksi semua unsur penting manusia dan alam sekitar di permukaan Bumi dan apa yang ada di atasnya. Perkataan gegrafi berasal dari bahasa Greek γη (ge) atau γαια (gaia) ("Bumi") dan γραφειν (graphein) ("menulis"). Dua bidang utama dalam geografi ialah geografi fizikal yang menumpukan pada sains bumi, dan geografi manusia yang memfokuskan kepada sains sosial ataupun aspek bukan-fizikal. Moto geografi ialah 'Belajarlah geografi melalui tapak kaki anda'.
Air terjun Niagara adalah merupakan satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan yang memisahkan Wilayah Ontario, Kanada dan negeri New York, Amerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat daya Buffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembar Niagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York.
No comments:
Post a Comment