Monday, August 10, 2009

Taufan Morakot


Taufan Morakot 2009 melanda kepulauan Filipina dan China , mengorbankan 36 orang antara 2 - 10 Ogos 2009. Taufan ini menyebabkan hujan lebat , meruntuhkan daik dan tanah runtuh serta banjir besar di bandar-bandar serta perkampungan di utara Filipina.


Mangsa di Filipina


Kumpulan pelancong Perancis dan Korea Selatan yang sedang mendaki Gunung Pinatubo terperangkap dalam tanah runtuh, lapor Gabenor wilayah Tarlac, Victor Yap.Tiga warga Perancis dihanyutkan banjir kilat Kaki gunung di wilayah Zambales, barat Manila teruk terjejas.Ketua polis, Leo Nilo dela Cruz menganggarkan 1,000 penduduk di Botolan dipindahkan kerana daik di Gunung Pinatubo runtuh.
Kampung yang terlibat ialah Paudpod, San Juan, Baton-lapoc, Carael, Tampo, Paco, San Miguel, Binig, Bangan, dan Capayawan silandar banjir banjir sedalam 4-5 kaki.


Mangsa di China


Lebih 21,190 penduduk di wilayah Fujian, tenggara China dipindahkan. 34,000 kapal berlindung di pelabuhan berhampiran pantai Fujian. Ombak 6-9 meter melanda pantai.Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 473,300 penduduk di pantai Zhejiang dipindahkan.480,000 di Fujian dipindahkan.Beberapa lebuh raya di rantau ini turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. Hujan lebat 30 sentimeter di Fujian.

No comments:

Post a Comment